2 minggu sudah…
aku telah menceburi bisnes…menanam anggur!!! memandangkan kontrak kat tempat kerja aku telah tamat. bukan disebabkan oleh syarikat tidak mahu menyambung lagi kontrak tu. tapi oleh kerana syarikat yang lagi besar yang telah memberikan kontrak kepada syarikat aku tidak dapat menyambungkan lagi kontraknya dengan kerajaan. jadi kesimpulannya sudah tidak disambung…so…sape yang menjadi mangsa keadaan disini? aku berserta lebih kurang 25 lagi rakan-rakan yang lain…alahai nasib…
baru ni untuk meraikan apa yang telah berlaku nie, aku dan beberapa rakan lain mengambil keputusan untuk menghilangkan rasa tekanan dengan bercuti-cuti makan angin di Port Dickson pada hari khamis dan jumaat lepas. walaupun cuti yang singkat tapi puas gak la…kalu boleh nak gi lagi…kalu masih tanam anggur lagi lar…huhu
nak tengok gambar-gambar tersebut, sila lah ke FB saya. malas nak upload kat server…hehe
apa-apa pun…rasa tak senang duduk gak la…bukan ape, pikir camne nak bayar perbelanjaan untuk bulan depan lak…stakat bulan ni leh la lagi nak cover…. :emotion:
dah lama tak merasa nikmat tanam anggur.. hehe 😀