firefox wat hal?
Memula ingat aku aje yang kene mende ni. Versi yang aku guna adalah yang paling latest iaitu 3.5.3. Masalah yang dihadapi, ketika aku bukak browser Firefox dan bukak banyak tab, ada sesetengah tab akan terkeluar dari window Firefox tersebut dan akan jadi satu window yang lain. Faham tak maksud aku nie? Berikut adalah contoh masalah yang berlaku…
Ini paparan bila aku bukak Firefox dalam multiple (lebih dari satu) tab
Dan ini akan terjadi selepas seketika aku menggunakan Firefox.
Nampak tak perbezaan antara kedua-dua gambar tersebut? Kalu tak nampak gak tatau le.
Setelah aku buat semakan baru aku mendapati yang sememangnya masalah nie terjadi kat orang lain gak. Masalah ini akan berlaku jika kita membuka tab baru dan “scroll down” menggunakan mouse didalam tab baru tersebut menyebabkan window baru akan terbuka. Pihak Mozilla telah mengakui akan masalah nie dan menggelarnya sebagai masalah “Tear-Off / Tear-Away Tabs”. Dan ini berlaku kebanyakan kepada pengguna Firefox 3.5.3.
Dan masalah ini dijangka akan diatasi dengan versi baru Firefox iaitu 3.5.4 yang dijangka akan dikeluarkan pada sekitar akhir bulan Oktober nanti. So tunggu je lar… 😐
Lebih lanjut mengenai isu ni, sila layari laman INI (Kat laman ni juga ada menyertakan link untuk add-on yang boleh memberhentikan masalah tersebut. Tapi aku rasa baik tunggu version yang lebih baru la lagi senang.


aih, tak pernah berlaku plak kat aku.. hehe
klau mozilla pun kata mmg ada mslh cm2 maknya mmg ada
ah.. aku je tak penah kena..
Ni mesti kes bukak facebook selalu. Haha
Migrate to chrome! 🙂
maner tau ni :worried: