plugin smilies themer dan juga smilies themer toolbar

Sudah agak lama aku menggunakan plugin smilies dari Priyadi Iman Nur Cahyo yang membolehkan kita menggunakan smilies daripada Yahoo dan juga MSN. Seingat aku semenjak aku mula-mula install wordpress ni (sekitar 2005). Tapi sekarang, seperti juga wordpress yang telah melalui evolusi yang ketara dan menunjukkan banyak perubahan, maka banyak lah plugin baru yang lebih interaktif, menarik dan juga fleksible yang telah muncul, membuatkan aku telah beralih arah untuk bertukar ke plugin yang lain. Dan akhirnya aku telah menjumpai plugin ini…

Plugin tersebut dikenali sebagai smilies themer, rekaan Ricardo Gonzalez. Seperti plugin milik priyadi, ianya juga membolehkan penggunaan simbol teks seperti “:” dan juga “)” , diterjemahkan menjadi seperti berikut, ” πŸ™‚ ” , yang juga lebih dikenali sebagai “smilies“. Tetapi uniknya plugin ini berbanding plugin yang sebelumnya, ialah ianya mengandungi beberapa variasi set “smilies” yang berlainan imej dan bentuk, yang membolehkan pengguna memilih dan menukar set “smilies“, mengikut citarasa sendiri. Dan yang menariknya lagi, pengguna sendiri juga boleh memuat naik set “smilies” pilihan mereka sendiri untuk ditambah ke senarai bersama set “smilies” yang lain.

Dan satu lagi plugin yang amat bersesuaian dijalankan bersama “smilies themer” ini adalah “Smilies Themer Toolbar” milik Frasten. Fungsinya membolehkan pengunjung menggunakan “smilies” ketika hendak meletakkan komen. Dan plugin ini wajib dijalankan bersama plugin “smilies themer“. πŸ˜€

Untuk kemudahan bagi mereka yang berminat untuk menggunakan plugin ini, Smilies Themer boleh didapati di SINI manakala Smilies Themer Toolbar boleh didapati di SINI.

Ditambah dengan kecanggihan wordpress versi 2.5 lagi, yang membolehkan pengguna menaiktaraf plugin mereka tanpa mengunjungi laman wordpress mahupun pereka plugin, segalanya menjadi amat mudah πŸ™‚

About: azmie

No need to know


16 thoughts on “plugin smilies themer dan juga smilies themer toolbar”

  1. haa..best laa jugak..leh laa tinggalkan plugin yg berusia 4 tahun nih..aku suka… 8)

    testing :choler: :love: :aie: :-[) :[ :[

  2. senopatiarthur on April 7, 2008 at 5:16 pm said:

    Tulisan artikel di blog Anda bagus-bagus. Agar lebih bermanfaat lagi, Anda bisa lebih mempromosikan dan mempopulerkan artikel Anda di infoGue.com ke semua pembaca di seluruh Indonesia. Salam Blogger!
    http://www.infogue.com/
    http://www.infogue.com/software/plugin_smilies_themer_dan_juga_smilies_themer_toolbar/

    erm…terima kasih?? taktau ler komen ni ader unsur spam atau tidak :8

    mr.eims on April 7, 2008 at 7:44 pm said:

    erm..comel..
    ako guna plugin more smilies.. :8 :aie:

    ader link? leh share kat sini? πŸ™‚

  3. aku rasa boleh kot…psl kita leh customize nak letak katne, ader special tag code dier…nnt aku experiment dulu tgk camner πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *